“dia dah tahu”
“hah, apa dy?”
“dia terbace whatssap I dengan U”
“ kenape u tak delete? I kan dah ingatkan U suruh delete”
“I terlupe faham tak lupe”
‘aik kau yang lupe then kau nak marah aku.. melampau’
kata-kata itu hanya mampuku ungkapkan dalam hati. Kenapa laa kau cuai sangat.
“I nak break off”
Ayat yang pendek namun mampu membuatkan hati aku hancur
berderai. Aku tahu aku Cuma menumpang kasih kau. Kau milik dia tapi kau lupa ke
apa yang pernah kau janjikan pada aku dulu..
Peristiwe seminggu lepas masih
segar dalam ingatan. Aku disini tersadar dalam bilik kosong ini mengenang nasib
aku yang aku sendiri dah predict begini pengakhirannya. Namun takku sangka
semuanya berlaku pantas sekali. Sepantas ini hati manusia berubah.
...............................................................................................................................................................
Azli turun dari motor besarnya,dia tersenyum pada gadis yang
sudah 5 tahun menjadi suri hatinya. Aina keluar dari kereta yang diparking
berhampiran dengan motor azli. Mereka berjalan beriringan menuju ke pejabat.
“u dah sarapan syang?” Tanya azli
“belum. U? I tak rase
macam nak makan laa pagi2 nie” jawab aina.
Meraka beriringan ketempat duduk masing2. Mereka duduk
bersebelahan. Pagi itu tidak banyak yang perlu di selesaikan. Sebagai pelajar
practical pihak syarikat tidak membebankan mereka dengan banyak kerja kerana
elaun yang diberikan rendah atau sebenarnya mereka baru sahaja memulakan
latihan industry mereka disitu.
Sedang azli sibuk melayani twitter dia teringat pada
seseorang. Bukan aina , aina masih disisi sibuk menghadap paper . gadis yang
telah mencuri hatinya dari hari pertama mereka bertemu. Azli sedar perbuatannya
menduakan aina adalah salah namun dia tidak mampu untuk membuang rasa sayang
dan cinta pada gadis tersebut dan gadis tersebut pun begitu, dengan rela
menjadi insan kedua. Kesabaran gadis tersebut menanti beliau mengubunginya
sangat dikagumi.
“u jom lunch”
Tersentap azli dari lamunan yang panjang.
..................................................................................................................................................................
“teh o ais 1, limau ais 1”
Setelah mengambil nasi dan lauk yang diingini azli dan aina
duduk dimeja dan memesan air.
“u pinjam fon jap nak call laila jap”kate aina
“nah”
Aina senyap sambil menatap fon azli. Mukanya berkerut-kerut.
Azli yang kusyuk makan tidak menyadari perubahan expresi muka aina itu.
“U still contact dy?”
“hah? Apa dia?” menyedari sesuatu yang tidak baik bakal
berlaku. Damn asl aku tak delete. Azli bermonolog sendiri.
“sejak bile nie u? u tak sayang I ke? Ya Allah u ape salah I
pada u?”
“U I boleh explain.”
Azli sekali lagi menceritakan pembohongan pada aina. Dan ya
aina percaya pada segala cerita azli, kerana aina begitu menyayangi beliau.
Namun hatinya terluka. Sepanjang hari tersebut dia melayan azli endah tak
endah.
Sehabisnya waktu kerja aina
terus menonong meningalkan meja kerja dan tidak meng endahkan adi yang melaung
namanya. Hatinya sakit. Ini bukan yang pertama atau yang kedua tp sudah banyak
kali. Namun untuk memutuskan percintaan yang dah bertahun terbina tidak pernah
terlintas difikiran aina.sesampai di kereta aina terus memecut pulang ke desa
pandan.begitu juga azli terus memecut motor besarnya ke setiawangsa.
...............................................................................................................................................................
Farzana leka membelek novel yang baru dibeli oleh roomatenya
syafinaz.
“zana rase novel nie macam best laa. Finaz zana nak bace
boleh?”
Blackberry zana berbunyi menandakan ada notification untuk
BBM dy tersenyum dan segera menekan butang accept pada skrin blackberrynya.
Dia lantas mengantar massege
ZANA: hai baby, how ur day? I miss u much.
AZLI: okay je.
Zana hairan mengapa tibe2 azli begitu dingin dengannya. Dia
perasan setiap kali dia bukak tweet azli harini azli tak menyatakan rindu atau
updated ape2 pasal dia atau perkara2 yang boleh buat dy mengerti. Mamat nie dah
kenape? Aku tunggu dia dari tadi nie banyak bende nak cite la giler.
ZANA: u penat yea baby?
AZLI: haah I nak mandi solat. U dah solat?
ZANA: dah. Okay u mandi laa dulu settelkan ape yang patut
dulu t kite BBM lagi k sayang.
Walaupun berat hati
dan sangat kecewa dengan sikap azli pada hari itu dia tetap meneruskan aktiviti
hidupnya macam biasa.
Farzana seorang penuntut IPTA di
Melaka sangat hyper active orangnya. Sangat suke bercakap dan sangat suke
membace novel dan kemudian dia kan berangan dialah heroin dalam novel tersebut.
Gadis yang baru memasuki usia 21 tahun ini begitu teruje dengan cerite cinta
dari rakan rakannya atau dari novel kerana cerite cinta beliau tak seindah
mereka. Baginya bile mendengar orang bahagia dia pon bahagia sekali. Hahaha.
..............................................................................................................................................................
Tuk tuk tuk..
“zana kitaorang nak pegi makan nie. Nak kirim tak?”
Lamunan aku terhenti. “ macam biase. Duit amik dalam purse”
“okay”
Segala memori kisah aku dengan
azli terhenti disitu. Ya Allah apakah salahku? Kenapa aku tidak diberi peluang
untuk menikmati kasih sayang ini lame sedikit?. Ya aku baru sahaja melepaskan
azli. Seorang lelaki yang mampu membuka hatiku setelah lama tertutup akibat
dilukai bekas kekasihku juga rakan sekuliahku sendiri. Perit yang lama aku pendem
kini terase kembali. Yang aku pelik setitik pon air mate tidak menitik kebumi
ini. Ya aku lepaskan azli kerana kasih sayang aku padanya kerana cinta aku
padanya.
...................................................................................................................................................
Sejak azli meminta putus dia dilayan seperti orang asing.
Tiada lagi berkongsi cerita dan tiada lagi kata2 indah buat zana. Hatinya
menagis namun dia tidak mengalah dicubanya segala- galanya utuk meraih kembali
cinta azli yang dia tidak pasti masih ada untuk dia atau tidak. Salah kau zana
dia sudah berpunya namun kau masih mahu bersamanya salah kau.terdetik dihati
zana semo itu.
Telah berbagai cara dilakukan untuk memikat kembali hati
azli. Namun satu pun tidak Berjaya. Mereka still bersama kerana perjanjian yang
telah dimenterai tak mampu untuk azli rungkaikan. Jauh disudut hatinya dia
masih menyangi zana namun dia tak mampu untuk melukai aina.
Zana dan aina dua manusia berlainan watak. Zana sangat hyper
orangnya, dia percaye apa yang dia nak percaya. Lantang bersuara dan agak
kasar. Pertama kali lepak dah mampu membuat azli senang dengan sikapnya bagi
azli dialah gadis impian yang disangkakan takkan ditemuai namun pertemuan dia
dan zana setelah 5 tahun berkasih dengan aina dirasakan salah. Dia jadi serba
salah. Aina gadis yang lembut santunnya, lembut tingkah lakunya sangat berbeza
dengan zana. Namun masing2 punyai kelibihan sendiri dan masing2 sangat penyabar
orangnya.
Pelbagai cara dilakukan untuk menyakitkan hati zana supaya
gadis tersebut pergi meningalkannya. Dia nekad untuk terus bersama aina kerana
kasih sayang yang telah tersemai begitu lama sukar untuk dirungkai. Baginya
zana perlu mengalah dan ya gadis itu pernah menyatakan dia akan mengalah. Zana
tak pernah mengizinkan dia untuk meningalkan aina gadis free hair itu ade
kelembutan da nada sifat kasih yang menggunung disembunyikan disebalik
kekasarannya.
Berbeza sungguh dgn aina yang bertudung dan terserlah
keayuaan dan kelembutannya. Zana pernah berada di tempat aina dan sisebabkan
itu dia tidak pernah meminta azli untuk meningalkan aina. Baginya bia dia yang
beralah.
Pagi sabtu itu sekali lagi percubaan menyakikan hati zana
dilancarkan oleh azli dengan menidakkan zana sebagai aweknya. Nampak gayanya
percubaan tersebut Berjaya. Zana akhirnya akur kerana hati telah hancur
berderai dan tak boleh dihancurkan lagi.
ZANA: u call I jap.
AZLI: bukak no maxis u.
“u I mintak maaf I tak niat nak sakitkan hati u”
“ tak payah laa u nak mintak maaf. U dah pon hancurkan hati
I”
“I mintak maaf sangat I tak sanggup buat dia terluke”
“mane janji janji u azli? Mana? Kenape u tak reti bersabar?”
“ im sowie”
“I tahu bile I kene back off I tahu. Tapi u keep hurting me.
Ape salah i? salah ke if I cintakan u? isn’t loving u is a crime?”
“ I tahu I salah I minta maaf”
“dah laa tak gune bertekak lagi. I sangat cintakan u dan
sangat sayangkan u. diesbabkan kasih sayang dan cinta nie I lepaskan u.”
“ thanks u. I doakan u temui orang lagi baik dari I”
Tootttt…talian diputuskan.
................................................................................................................................................................
Yap sekali lagi aku
ditinggalkan dan melepaskan sedangkan hati tidak rela untuk melepaskannya.
Sedikit pun tak. Cinta aku pada dia sungguh tinggi berbanding cinta aku pada
hafiz dulu. Kenape mesti nasibku begini. Mungkin kerna aku kurang berdoa dan
pernah menyakiti dulu kot. Hahaha.. ape laa kau zana salah kau bukak hati pada
orang yang kau tahu sendiri milik perempuan lain.dah laa life must go on.
Zana memandang bilik yang kosong itu, kosongnya bilik
tersebut sekosong hatinya. Dia bangun menutup kipas dan menutup pintu bilik
tersebut. Ya sebegitu juga dia mentup pintu hatinya. Terima kasih azli bagi aku
merasa kasih kau walau pun sebentar Cuma. Ketahuilah yang aku takkan pernah
lupekan kau. Zana kembali pada dirinye yang dulu masa sembelum bertemu azli.
Segalanya kembali seperti biasa. Dan dari situ timbul kesedaran dalam diri
zana. Mungkin Allah menguji kerana aku mahluk yang jahil. Dah tiba mase utk
berubah moga ini batu loncatan aku untuk mendekatkan diri ku dengan-NYA.